Paradise

Paradise

Sunday, December 4, 2011

Hello-Good-To-See-You





Good to see you

Good to see you again

Good to see your face again

Good to see you

I'm the suitcase in your hallway

I'm the footsteps on your floor

When I'm looking down on you

I feel like

I know what my life is for

Good to see you

Good to see you again

Good to see your face again

Good to see you

I've been down the endless highway

I've passed on the solid line

Now at last I'm home to you

I feel like making up for lost time

Good to see you

Good to see you again

Good to see your face again

It's good to see you


sebuah lagu dari neil young.


Owh..hell0-goodbye,,,,sebuah post sebelum ni yg menceritakan tentang kisah suka duka remaja bercinta tanpa pengawasan ibu dan bapa.Post yang mendedahkan kisah2 cinta gua,,kisah yang gua meng-"goodbye" kan 3 org gadis....,namun,,entry kali ni dtg dengan bertajuk Hell0-GooD-To-See-You...







Ahahha.gelak dulu..kang nak scene tacing2..ahahaha..gelak jahat!!...pui!..mende gua tulis nie? mcm dah gila ombak rindu yg sedang panas di fb sekarang,,Ok..,lupakan ombak rindu,,,lupakan nazmi faiz.,,lupakan fakri,,,,lupakan KFCM..lupakan ayam goreng KFC..ahahha...

Semalam..gua lepak KFC,,,di mana ex-GF #3 gua sedang bekerja....gua baru taw je dye keje situ.saje pegi nak tengok  dye...bukan nak memutikkan cinta lame ke ape..tidak....cuma...bila gua tengok aje muka dye ni..rase bersalah menebal..hmm..tp dah lepas kan...nak buat mcm mane...akhir2 ni gua tercontact aje ex2 GF kt fb dan jgk ke kfc si #3 nih..gua berharap sgt mereka ni semua heppy2 dan sehat..alhamdulilah..mcm gitu lah hendaknye mereka bertiga...

Dan..sebenarnya....gua nak ucapkan terima kaseh banyak2...berkilo2...bertan2...berkati..dan ber2 yang lain jgk lah...kerana..sebab mereka lah gua paham erti cinta...pui!! geli pulak taip mcm nie..sape2..sila karate tengkuk gua!! ahaha,,,terima kaseh lah...dari kesilapan yang gua dah buat yang lepas2..dan untuk yang #4 dan jugak yang untuk sekarang nih... ni..inshallah..gua akan bagi yang terbaek..hingga ke pelamin,lah hendak nye..terima kaseh ex2 GF gua...dan maaf atas salah silap yang lalu... :) anda bertiga lah yang banyak memberi gua ilmu dalam hal2 gini...gracias!! dan sekarang..#4..i love her so much!  :) doakan kami dalam percintaan dalam perjuangan ini okey!! 
 
Gua jatuh cinta lagi..gua x salahkan graviti..x salahkan Iron Maiden..ahahh...nak buat macam mana... mebi hell0-goodbye xkan lagi gua lakukan...dan gua dah berjanji sama #4..inshallah..gua xkan tinggalkan si dia selagi jantung berdegup.. :) 


p/s:Jangan lupakan kisah2 cinta dan ex2 lama lu orang semua..itu lah teladan..dan terima kasih lah kepada mereka..,,dan jgn repeat those same mistakes..okayh!.. terus maju ke arah perot yang lebih maju kehadapan!~

Friday, November 18, 2011

Tiada Lagi Malam Yang Sunyi



I can wait another day until I call you
You've only got my heart on a string and everything a flutter
But another lonely night (and another, and another)
Might take forever(and another, and another)
We've only got each other to blame
Its all the same to me love
Cause I know what I feel to be right
No more lonely nights
No more lonely nights
You're my guiding light
Day or night I'm always there

May I never miss the thrill of being near you
And if it takes a couple of years
To turn your tears to laughter
I will do what I feel to be right

No more lonely nights
Never be another
No more lonely nights
You're my guiding light
Day or night I'm always there
And I wont go away until you tell me so
No I'll never go away

Yes I know what I feel to be right
No more lonely nights
Never be another
No more lonely nights
You're my guiding light
Day or night I'm always there
And I wont go away until you tell me so
No I'll never go away
I wont go away until you tell me so
No I'll never go away
No more lonely nights, no no ...

By-Sir Paul McCartney September 1984

 To: My beloved girl.. Aminah Asykin Abd Hamid.....terima untuk malam gua yang sudah tidak sunyi seperti dulu lagi :) i love you so much..

p/s:  xde idea nak tulis..sambil stadi Automotive powertrain dan jugak Quality engineering...esok exam!! hell yeah! hmmm....dgr mp3 lagu nih td...teringat pulak kat si gadis...letak lirik jelah...mendalam ape...keep rockin!! :) wish me luck!

Friday, October 21, 2011

The Underdog Hotdog

Assalamualaikum..
Setelah berkurun lama gua x bukak blog Seluar Koyak ni..di pagi jumaat 5.04 AM ni.gua mau post sedikit hal tentang Les Blues..

Setelah sebulan lebih gua ulang alik ke mamak..ke rumah kawan..ke teluk intan...akhirnya..sampai jgk ke Final RWC 2011 New Zealand.Walaupun penuh dgn emosi dan strategi yang gua langsung xpaham dgn coach si france ni...buleh jgk ke final..lucky or destiny? HaHA..gua pon xtaw..
final jersy in white..and AB's in Black.


Isu Morgan parra yg ditugaskan bermain SH ke FH amatlah mengejutkan dan masalah dalaman antara coach dan jgk team pon gua x paham....pelik jgk orang perancis ni...team bola world cup pon jadi mcm gini..Anelka pon kena hantar balik..Namun....team Les Bleus ragbi..mampu survive ke final..walaupun team yg agak teruk gua rase penah  ke final..hhmmm..redha jelah...xkan nak suruh Michalak dgn Chabal semua geng2 oldskool p main kot..

The underdog of the hotdog...team yang un-expected dan selalu ada "kepanasan" ...sampai ke final..untuk final ke-3 france..namun,,untuk final..gua x expect ape...cuma..we all just the underdog of the un-expected..Buat back row france..keep the momentum and all player..wishing you all goodluck!! :) menang ke kalah..gua x kesah..thank you..jumpe lagi 4 tahun inshallah..with her..and i love her.. :)

road to final:

47-21  japan
46-19  canada
17-37  new zealand
14-19  tonga
19-12  england *quarter final
  9-8    wales*semi final
final ??
akan di update setelah final...

France Vs New Zealand untuk final Rugby World Cup 2011 New Zealand.. ahad,,23/10/2011.
3rd 4th..jumaat..hari ni le..21/10/2011.




Jeng Jeng jenggggg!!! Web Ellis Cup milik The All Black buat RWC 2011..tahhniah gua ucapkan buat AB's dengan kemenangan 8-7 terhadap France.Dan buat Les Bleus...anda semua memang 1 team yang amat2 hebat,,terlalu underdog..terima kasih :) jumpa lagi RWC 2015 nanti..inshallah.. :)

VIVA LA FRANCAIS!!!! :)

Wednesday, September 7, 2011

VIVA LA FRANCAIS!!!

Salam 1 malaysia..


Semalam time gua nak tertido...n sambil mesej marka gua...gua di gegarkan dengan 1 gegaran yang mengegarkan dan gegarannye amat lah bergegar lagi kuat bergegar,...sila mencarut...gu faham lu orang mesti nak ckp WTF,..dosa tanggung sendiri...6.7 skala ritcher..jadi kt acheh...harian kosmo cakap 10 orang terbunuh..serius..gua ingat ade tsunami ke ape...naseb x...syukur jgk lah ye.....dunia dah tua...

Namun.....hati gua kian bergegar jugak ni... perghh...ade ke hati bergegar? WRC 2011...iaitu...game ragbi world cup  2011 yang akan berlangsung 2 hari lagi kt New Zealand...fuuhh..setelah 4 tahun menanti..ia datang lagi!!

2007 di France..di menangi oleh South Africa yang mempunyai manusia berkaki titanium..laju bebenornye pon Bryan Habana...2nd oleh England mempunyai taktik dapatkan penalti dan Si Robot penyepak bola si Johnny Wilkinson dgn kekalahan kepada Springbok 6-15...

3rd..milik si Argentina yang mempunyai scrumhalf yang agak celake iaitu Augustin Pichot yang menang kepada France dengan 34-10....fuhhh..sedihhhh...agak sedih bila France dah TER-menang dengan All Black..namun tewas buat kali ke-2...namunnn...

Dengan 1 grouping bersama Tonga,All Black,Canada,Japan..gua mengharapkan France buleh mencapai sesuatu kali ni..dengan team yang agak muda2 lah bagi gua...dan otai2 seperti Chabal,..Michalak...dah tiada..namun..gua pon no komen lah....

Go Les bleus!!! VIVA LA FRANCAIS!! ;p

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya




SELAMAT HARI RAYA GUA UCAPKAN BUAT SEMUA KAKI BLOGGER MAHUPUN KAKI BOTOL DAN JUGAK KAKI BANGKU...MAAF BERMAAFAN LAH ANTARA KITA..MOGA BERJUMPA LAGI RAMADHAN SETERUSNYA..INSHALLAH..DAN TAHUN NI GUA BERAYA TIDAK LAGI SINGLE..HAHAHA..MAHUPUN DUDA..TERIMA KASIH KEPADA SI GADIS KERANA SUDI HADIR DALAM HIDUP GUA YANG MCM MAGGI TOMYAM NI..

DAN TAHUN PERTAMA BERAYA TANPA NENEK YANG BARU SAHAJA PERGI...MOGA ROH NYE DI CUCURI RAHMAT...OKAY..SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..MAIN MERCUN JANGAN PUTUS2 JARI..KASI LETOP SAJA DIRI LU ORANG!  
DAN SELAMAT HARI MERDEKA BUAT SEMUA SYAITAN DAN HANTU2..N BUAT RAKYAT MALAYSIA..SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE BERAPA PON GUA XTAW..HAHAHA
  
P/S:ENJOY!

Wednesday, August 24, 2011

Pelatih Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon. 


HAHAH...Rosman...Rosman..bape kali gua pesan..nak mintak air ke makanan...On facebook aje..ahhaha...naseb baik x kantoi lu..moral nye...belajar pendidikan moral..itu aje! ahhaha


India VS Pakistan


Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.
Hahahaha,,,moralnye..jangan kena kencing,,,,n jangan kencing mengencing... :) akai ada..pakai!!

Monday, August 22, 2011

KAIZEN

haa..ini konsep org jepun..


Salam 1 Ramadhan..Selamat berpuasa di fasa terakhir ini dan menyambut syawal x lama lagi...pergh!! ayat gua dah mcm YB adun Permatang Pauh  dah..haha..nak mengundi x lama lagi lah kan..n gua pon dah layak mengundi..x daftar je lagi..hohohoh...1 2 3 4..gua start..haha..

Sejenak..gua termenung...termenung jauh hingga tertido...gile ape kelas pagi2 bace slide..memang mengantuk harammm...hohoh..ketika kelas Quality Engineering pg td...chapter 4..about  Quality Control & Continuos Improvement..sampai kt KAIZEN..

" APE KEJADAH "KAIZEN" LU CAKAP NI MAT?",,,,"KAIZER CHIEF KAMI TAW LAH!"

Hohohoh..sabo le...cikgu nak mengajor ni..adoi...cikgu kan mulia keje-nye,,bawak bersabo..x sabo masuk kubor..

KAIZEN ni mcm guideline lah....ni philosophy dye..

"A philosophy that seeks to make never-ending improvements
 to the process of converting inputs to output"...

haaaaaaaaaa..paham ke? lu pikir le sendiri..

Dan purpose nye...

"Eliminating in all nonconformities in all phases of everyone's work,even if the small increment of its improvement is small" 

Haaaaaaaaaa..amek lu orang..pagi2 belajor menatang gini,,,sumbak kepala!!! haha..bosan......si masaaki Imai yang cipta benda nie...depa kata,...guna ayat gua je lah..."Buat perubahan sedikit demi sedikit dan biarpun perubahan itu sangat kecil,tapi ia harus lah sentiasa berterusan hingga sampai bila2" haaaaaaaaaaaaaaaaa..ada paham ka?


Gua rase lah kan...Sebagai seorang manusia...kita kena lah berubah ke arah yg lebih baik..biarpun very small changes..its ok..tapi must continuous..so..kita would be better day by day...n year by year....n mcm tuh jgk part2 company...depa always improve depa punya service..mcm Toyota motor.haha..stendet lah..gua belajo Automotif...

  Teruk sungguh bahasa gua ni..cikgu bahasa malaysia n english tgk ni..mau kena sebat...tp xpe..NEVERMIND..

its a institute taw kat japan..kat malaysia pon ada..


Balik semula..gua ade niat..nak berubah,,,n skang hadir nye seorang gadis...n mcm catalyst untuk gua..bg supot..n dye seorang cikgu n kaunselor yang bagus...tapi...x reti masak..taw buat kueh raye je..ceh!

Gua nak berubah...mcm sudden gila..nak terus jadi baik...at last...x buleh..gua x cukup kuat...n gua tensen lah2..warrgggggggggggggggggggggggrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!     hari2 gua tensen...gua niat iklas...sampai lah pg td...then gua sedar....KAIZEN...gua xperlu berubah mendadak...cuma perlu ade perubahan..biarpun sedikit..tapi ianya berterusan...inshallah....gua buleh..lu orang tolong gua..doakan,jgk..moga lu orang pon sama...towards better man..to be a better man..bagi gua lah..lu orang...suka hati lah.. ahha. :0

Lets start a revolution,,ikut gua..jgn ikut Che Guevara...nak jadi mcm tuh..tunggu...the best is yet to come!! tunggu gua jadi malaysian future Che Guevara :P

“The  revolution is not an apple that falls when it is ripe. You have to make it fall"


"SEDIKIT-SEDIKIT..LAMA LAMA JADI BUKIT" dan "Towards a Better man and better quality in ourself"

Tuesday, August 2, 2011

every rose has it's thorn



Memetik lirik dari band otai dunia..
."guns and roses....every rose has it's thorn"...every night has it's dawn...atau "setiap bunga mawar ade duri nye...dan setiap malam..ade subuh nye"...

.then....gua kaitkan...dengan entry gua kali ni...setiap masalah pasti ade jalan selesai nye.....haha..haha..haha..."gelak2 ape!!,.."syukur kepada allah swt lah woi..masalah kau dah beransur setel",suara dari sudut kamar hati gua......alhamdulilah..syukur..masalah loan gua yang selama ni x setel..dah setel..dan gua sudah terima chek rm4620...untuk duit elaun sem 2 yang lepas..dan elaun2 bulan2 juga on the way..n gua sedang setel2 kan hutang2 yang ada...lega rasanya..buleh lah gua stadi dengan lebih baik..alhamdulilah...lega..lega...


Dulu gua ade niat nak belanje kawan2 makan bila gua dah dapat loan...n gua dah buat..gua buat stimbot dekat bilik gua...belik brg2 dekat giant..gua masak2 ala2 bujang gitu.ahaha..hobi ape memasak gitu2 aje...Dan pointer gua pon meningkat sikit dari sem lepas...namun x mencapai target untuk puaskan hati gua..tapi..tetap bersyukur...semua ni dugaan...masalah..sabar aje lah..masa akan menentukan,,mesti ade penyelesaian punya....mati je xde...mati itu benar...

Dan....dulu gua selalu mintak kat allah supaya hadirkan seorang wanita...yang benar2 memahami...yang seperti gua harapkan datang...dan...wanita itu telah hadir...gua xnak cerita pasal ni banyak2...cuma lu orang doakan lah hubungan kami ini supaya diberkati allah....dan semoga gua dapat memberi yang terbaik kali ni..moga ini cinta gua yang ter-akhir...amin....


Setiap maslah dan dugaan itu ade sebab dan hikmah nye..kuatkan semangat,,lu orang mesti buleh survive..and you are not all alone...survive...okay....thanks...dan gua nak re-cakap kan...ayat dari wanita no.2  gua tuh..."jangan sayangkan pakwe ke makwe lu orang lebih dari lu orang sayangkan allah swt".....dan...kompem lah wanita no.1 gua..mak gua..hahhahahahahahahahahahhaha..haruslah kan..

p/s: jiwang x jiwang lah brader...dalam hati ada bazooka panaka nie..ahaha... :)

The unexpected of expected

Salam 1 malaya...hello geng...ape cerita...haha...hm....(muka serius ni :)  Beb...lame gua pendam nak post hal ni...tapi gua x sanggup...masih merah lagi tanah tersebut...gua still x dapat keberanian lagi nak post pasal benda ni..tapi demi semangat n kenangan yang ada..baik gua menulis....



Ok..gua mula...senang gua cerita...kita mampu merancang..tapi hanya allah yang menentukan....dan semua yang bernafas..pasti mati....pada 25/7/2011 yang lepas...nenek gua telah tiada..pergi menghadap ilahi...pada umur 92 tahun...sedekah kan lah al-fatihah buat arwah nenek gua...salbiah nama nye...thanks...hal itu xpe lah...semua orang paham...tapi gua nak story2 lah sikit...the unexpected of expected...dalam bahasa melayu jawe nye berbunyi begini "yang tidak disangka oleh yang disangka" hahah..terok betol bahasa melayu gua...

Pada 22/7/2011...gua balik ke unikl...nak mula sem baru...nak setel hal loan n yuran rm625 bulan2 gua yang tertangguh...ade lah dgn pihak2 gila duit tuh..namun...gagal...gua perlukan rm1870 untuk setel kan yuran 3 bulan tertunggak...gua dah habes pikir punya pasal...gua kol...home..mintak pinjam dgn abah gua..then..deal...24/7/2011..gua balik rumah balik....pada pagi 25hb tuh..gua hantar mak ngah gua ke rumah tok..untuk mak ngah gua jaga tok nek gua...n malam b4 tuh,,mak gua bermalam kat sana..n gua jugak yang pergi hantar n amek balik mak gua...

Then...lepas siap semua..gua dah ready nak balik unikl...tiba2 mak gua suruh hantar p rumah tok lagi...tiba2 abg gua ada kat sana...dye kata..tok dah x sedar...kaku...gua pon xtaw nak buat apa..mak gua dah mula nanges..mak ngah gua terus cakap "kalau sayang jangan menanges"..gua no komen hal tuh...abg gua kol ambulan dtg chek...then...depan2 gua...dr kompem kan..."ye...dah xde.." gua terus tunduk..amek semangat..gua panggil mak gua...cakap "mak..tok dah xde" n dekat abg..dekat mak lang gua...terus gua betol2 kan rambot2 tok nek gua...

Gua still x percaya..malam sebelum tuh..gua sembang2 lg dgn tok...pagi2 yang sama tuh pon gua still ada cakap dgn tok nek gua..dalam pukul 10 pagi....n dalam kol 11 pagi..tok gua dah xde...sampai skang gua still percaya yang tok gua masih ada....astagfirullah...masa gua cium jenazah tok selepas siap dikapankan..gua rasa tok senyum je kat gua..untuk last time gua berkhimat demi tok gua...gua tolong angkatkan lepas di mandikan...angkat kan keranda..sembahyang kan..n sebelum keranda masuk ke kereta jenazah..gua cium keranda tok....untuk last time...time kebumikan...syahdunya....dah lah...gua x buleh tulis2 banyak2 lagi...sedih beb.. hahah :) senyum untuk cover...

Banyak kenangan dgn nenek..dan gua paling rapat dgn arwah...bila balik mesti gua p tgk...kalau x bz...lepas nie dah xde lagi...n sepanjang hari tuh..gua x menanges langsung...gua dah expect benda ni lama..dan dah bersedia..always..cuma agak terkejot je..hmm,,dah selesai...kan...moga allah kurangkan lah seksaan terhadap roh nenek gua kat sana..dan gua pon cuba berubah...demi diri sendiri...aminnn~`

Gua xtaw ape nak jadi harini...esok..lusa..minggu depan...bulan depan...tapi gua sedia dan sedang cuba berubah..dan bersedia...kita semua pon xtaw ape nak jadi...so..get ready...be tough as you can! thanks for reading :)

Dalam kenangan:
Salbiah Bt Mohd Noor...20-08-1920 to 25-07-2011,,,,al-fatihah..damai lah nenek di sana..amin...     

Tuesday, June 28, 2011

Kencing MaLaM

lu orang kalo ade masalah macam nie..baik kawen dengan zila bakarin je..


Salam satu gaza..save gaza please :(

Kali ni....gua terus direct ke part isi dan kulit... :) :) :) :) nak lagi smiley?

Semalam..selepas puas melepak di teluk intan..area padang speedy.bersama kawan gua si Tok Wan...kami orang p layan cubprix sprinta petronas.....dan sambil mengorat awek cute berbaju biru polka2 dot dot dot,,,,,yang kegebuan yang datang bersama sama emaknye...comel awek nih..mcm zila bakarin woooo! :P

Lepas setel tuh..gua lepak kat karoke....sambung tgk2 awek..hari aktiviti wajib gua..tengok awek..ape mau buat..xde awek le katekan..Then gua n the Tok wan..menuju ke the store..tok kate dah lame dye x lepak2 kt situ...bukan buat ape pon..lepak depan the store..sementara itu..gua menibai ais krim rm1.00 yang memang best..

Tiba tiba,.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Datang member lama sekolah dengan berkereta saga biru ber no plat WBN..hhaa..dye bersama sekor lagi mamat yang perasaan jambu macam dafi..."jOm ke bidor..jalan jalan",kata member gua tuh...gua replied..."nak p mana...buat apa"....then itu mamat perasaan jambu jawab selamber.."Mau duit x? jom ikot je la"...kepala bruno mars lu...:"xnak"..
gua jawab...susah macam mane pon..gua bukan gila duit...then..atas dasar nak hepi2 kan kawan..gua pon masuk lah itu saga biru..member gua still xcakap tujuan nak p mana..cuma jalan2...gua suka jalan2 woo..heheh..


Celake..kaki gua sakit pulak buat keje tadi..haish..nak je stop tulih nie..ok..gua sambung..lepas tuh..OTW ke bidor... tuh...kami stop kt Mcd...pick sorg awek yang muka berbedak 7 tan...perggghhhh..bedak mcm opera cina dah..opera hidup wings xpe..gua suka layan bila mau habes karoke...

Dalam perjalanan..member gua yang bersaga biru kepunyaan bapak dye...dye bawak keta serupa semacam celake..sumpah celake lg dye dari amir maharaja lawak tuh...haram jadah punya member...berape kali nak langgar orang...potong x bg signal...SAHABAT,,,PEMANDUAN LU MACAM B*Bi JE..gua ready je nak pegang handbrake...gua dgn tok wan sound lah..:"slow  slow lah kawan"...namun..member gua buat selamber amir raja lawak je...butOOOh sungguh anda...

katakan tidak kepada benda haram jadah ini


Dalam perjalanan,,mamat dafi dok sembang pasal nak pakai BMW lah ape...mereka semua ingin menunjuk kan kemewahan dan kebabian mereka...---------------------> sampai kat bidor..gua nampak kat  kedai makan tuh,,ade BMW,,n superbike...dalam hati gua..ini semua kejadah MLM..gua dah kene kencing!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cissssssss,,,,then depa ajak p tempat laen untuk ade talk ape kejadah..gua nekad...gua xnak amek port..gua terus halo2 kawan bidor gua..si labu labi..dye sedang cuti ukm..dan gua pinjam cd dvd rocky balboa 1 2 3 4 5.haha..memang berbaloi walau sudah kene kencing..sighhhh*****celake lah mereka ni..nak jalan2 buat cara nak jalan2..nak bawak kami p masuk benda2 haram jadah tuh x payah..gua x minat nak BMW...sumpah x minat..Nissan cefiro a31 je dalam hati gua...fuck untuk lu sahabat dan mamat perasaan dafi...silap hari bulan..lu orang semua makan penumbuk sulong gua anak harooonnn!!

Cakap dalam 8 atau 9 malam dah setel..nak balik semua..celake...dok sembang2 lagi..pukul 9 baru depa gerak p tempat lain..gua stay dgn Tok wan kat kedai makan tuh..member gua cakap 10.30 setel lah..butoh...pukul 1pagi  x setel2 jgk..gua kol member gua si peter...mai lepak2..last...peter n labu l;abi hantaq gua n tok wan balik ke teluk intan..wa malas layan itu mamat kfc celake dan mamat dafii..gua jumpe lu dafi..siap...memang lu siap..lu x pakai BMW..gua kencing dalam mulut lu mat...gelas air gua 2...tok wan 4.. malam semalam kami minum sepanjang menunggu babi2 itu..

SO..kepada kaki MLM yang gila duit..dan latest jgk..pagi tadi...mcm adik TOK wan yang balik dari penang jumaat lepas....dan mintak rm2000 kat mak...mak dye x bagi terus chow balik pagi td...anak ke babi lu mat....MLM buat lu orang jadi babi..kawan makan kawan...anak makan emak...kamon...lu nak kaya..itu semua rezeki allah..gua tengok member2 MLM gua dulu semua kena tipu..modal 2 riban jgk..last2...ape pon x dak..kotey je ada...choittttttt....

So...sori banyak mencarut..gua x dapat nak kontrol..gua buleh control action...tapi dalam writing..sori...really sorry... Kencing MaLam..KENCING MLM...penipu semua benda nieh...total shit...


Kepada member2 semua..jangan sebab bisnes kita kencing kawan2,,,sakit hati kawan.,,terus terang kan senang,,,duit x kemana..BMW x kemana..semua benda x kekal...ingin kaya...banyak lagi cara lain...kaya x gembira buat apa..tipu orang sini sana...thanks sudi membaca..love you all!!

orang atas yang kaya.,.yang bawah semua jadi barua celaka!!



p/s: Multi Level Marketing sucks!!

Sunday, June 19, 2011

Buah Epal Merah Ferrari



Salam 1 malaya...haaaaa..lu orang makan ape tadi? xkan makan hati kot...ceit... lantak lu orang,,gua sedang me-nibai kek coklat buatan adik pompuan gua...memang sedap hingga  menjilat jari kaki ibu mertua..

Ok..ini buah epal xde kaitan dengan kek coklat buatan adik gua,,mahupun kek coklat buatan zila bakarin...langsung xde kaitan...ini kaitan pasal jatuh hati..jatuh cinta..jatuh motorsikal tuh lain cerita...

The universal law of gravitation oleh Sir Isaac Newton..............menatang teori ni (kawang mari dungun!)  ni bermula semasa si  mamat newton ni dok melepak bawah pokok epal sambil teringat kat zila bakarin....nora elena..dan nora danish.....tibe2 jatuh buah epal ke tanah..ha..takat tuh je gua cerita pasal mamat si newton tuh...



Gua kait kan dengan kisah gua...gua senang jatuh hati...jatuh cinta..haish..pedihhhh....nak buat mcm mana...kita manusia...mesti la ade rasa cinta kan..nak berkasih sayang..bermadu-maduan di tasik...time2 mem-yingle ni senang pulak jatuh hati...haaish...Gua x salahkan teori mamat si newton tuh...betol ape..ce lu orang kincing..air naik atas,,,kan ke x best gitu..haha...

So..gua agak sunyi..bile time malam nak tido..rase nak wish gudnite je kat awek..tapi..gua xde awek..pedihhhh..haish..nak wat mcm mane...xde yang sudi...namun..gua selalu jatuh hati...jatuh cinta...jatuh saham brutal gua bukak cerita ni..haiya...


So..jangan salahkan Sir isaac newton kalo lu orang jatuh cinta okai :P

p/s:jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta,,haha..lagu sape gua xtaw..penah dgr kat radio...adiossss~

Thursday, June 16, 2011

kerja kejora

HAluuuu...hey hey my my,,,

Lama x posting..sori..cuti sem...kerja kat workshop repair keta bapak gua...tolong family...n cari duit mau enjoy...


Siang gua kerja..malam gua enjoy...chill and rilex...so xde buah idea pemikiran gua nak post...sebu kepala orang kata..so..gua pon malas nak tulis panjang2...berambus dulu :P

P/s:  memanfaatkan masa cuti anda!! haha...sedang mencari awek kampung untuk di ejas2kan..

Wednesday, May 18, 2011

Pontianak Gay

kah kah kah.gigit jangan x gigit

Salam 1 tanah melayu...kali ni..gua nak cakap sikit je..pasal tengkuk..gua tengah sakit tengkuk ni...mak gua cakap...gua dah tersalah tido...tapi..gua rase bukan..gua rase..malam semalam..gua dah di gigit vampire...ala.pontianak hensem tuh......yang mcm dalam citer twilight tu...edward cullen ape ke jadah name dye ntah.haa..yang itu le..dye gigit kat tengkuk gua..adoi! sakit le gile....


ex-gf gua mase tadika dulu...dah sesat gamakye dye ni..

Ciss...seksa betol sakit tengkuk nih....teleng sudah kepala gua..nak usha awek tepi jalan pon xde feel dah..huhuh.... nak tukar brake pick-up pon dah xde feel tadi..dah gua mengamuk pasang spring lining brake tadi...tension2...

So...gua nak seru lu orang...supaya banyak2 kan lah tengok cerita twilight tuh ok..dan...tido dengan ber-etika...jangan buas2 ok...biar sakit tengkuk..jangan sakit hati...seksa hati sendiri okai...hahaa...
untuk info..pontianak gay si edward cullen yang gigit gua ok...

amek kau..gua f**k lu mat...ahah..femes sangat nye pun..??


p/s: gua dah mula mengarut dah ni...ciao!

Sunday, May 15, 2011

Holi-holi-day

welcome beb!

Hey hey my my...halo semua..holy-day? holiday? oli-day? sunday? saturday? monday? yena-day (bahasa punjabi) dey-thambi? haha... mane satu lu orang prefer? mana satu kegemaran anda semua wahai pembaca yang hensem dan hensem dan kiut dan pinky dan suka hati lu orang...

Holiday..sebagai ahli buku dan jugak mangsa-manga yang ter-penjara janji dengan credit hours yang perlu di penuhi untuk graduate stadi lu orang semua.....lu orang mesti ter-gila-gila-anjing kan holiday..mesti menanti kan hari bahagia untuk bercuti,berfoya-foya,ber ber ber berbikini..dan ber ber lagi..lu orang suka hati lah tambah..

Mengarut panjang lebar..1 benda x pun dapat lagi..harooooo0o0o0o0o0mm..

Okai..gua baru balik dari camping bersama 4 lagi rakan sekuliah gua..di Taman Negara Penang..di pantai Kerachut..bermula petang jumaat....berakhir ahad ptg ...then terus shoot ke teluk intan dengan menaiki bus transnasional...bermcm-mcm  hal yang x dapat di elakkan seperti hujan dan terpaksa mengangkat khemah gua dan khemah member gua basah lenjun...kaki gua terpijak paku rumah yang dah berkarat dan masuk ke tapak kaki gua sedalam setengah inci..ciss...sakit lagi ni...dan hanya...berbekalkan wang dalam wallet hanya untuk tiket dari butterworth ke teluk intan...rm21.60...hadoi ...miskin lah kawan...huhuhuh...tapi..tu semua BERBALOI-BALOI-BALOI-BALOI-" kata maya karin dalam iklan celcom.



Berbaloi gila gua cakap..sebab dapat +++++

#1- tgk mad sailor( mat salleh) kata member gua..yang menerangkan pasal asal usul name mat salleh tuh ialah mad sailor..kalo gua kena kencing..lu orang pon ter-automatik di-kencing oleh..gua cakap lu..hahah...mat salleh..minah salleh,burhanuddin salleh,amoi tanjung,awek lesbian berkain batik,fasi UMT.. ..semua nya mantop..cun...melecun...x dilupakan juga buat awek fasi smk pondok upeh,, penang..gua rase,,lu agak menarik perhatian gua...haha..ini semua akan dan pasti  membuatkan anda menjilat jari kaki anda bila melihatnya,,,haha..

#2- melayan perasaan seawal 7.00 pagi di atas jeti di laut sehingga matahari terbit dari 2 buah bukit..haha..jangan fikir lucah..gua hi-jack dahi lu orang nanti..dan sampai bahang nye panas mula terasa lah..memang epic lah kawan! dan melihat sunset untuk 2 hari berturut-turut..

#3-melepak di pantai sehingga 2 3 pagi..sambil bersembang..pasal semua benda..dan melihat bulan yang terang..dan bintang2 yang berkelipan di angkasa sana..banyak menhabis kan masa ditepi pantai dapat menenang kan jiwa lu orang semua..try lah. dan penyu juga akan mendarat..kalau lu orang ade rezeki lah..tapi jangan on lampu picit anda ok..nanti penyu-penyu yang comel..akan merajuk..haha...anda.pasti teruja..haha..

#4-nak makan kena masak..walaupun gua x pandai memasak..member2 gua pandai. taw...hahah...ber-baby-que di malam hari..ayam 2 ekor hanya untuk 5 orang..memang terbaik lah...walaupun makan meggi kembang sebesar jari..ia nya amat nikmat! haha...pelik kan..mebi gua suke memasak bile time2 bercamping ni kot..adoihai...

#5-tenang sebentar dari semua masalah yang menghantui kepala dan akal fikiran gua...puas! haha..damai di sana...
.
#6-taw macam mane nak peram ayam kalau nak di ber-baby-que-kan ayam tersebut..haha...gua nak try buat..anda mau try? mari menempah kubur..haha..

haha..dan macam2 lagi lah kawan...best..camping..hiking...lepaking,,,heaven! CUTI SEM SELAMA 2 BULAN! haha...

So..sebagai remaja...gua sarankan anda..pergilah bercuti..tenang kan jiwa anda semua...mahupun bersendirian..bersama kawan2..ikot lah..hargai cuti anda degan sempurna...jangan berdating sahaja..kelak ke seven-eleven membeli Durex hendaknya.....ok.hahhaha..cuti cuti cuti..mari bercuti..

Esok gua dah kena kerja..dekat workshop bapak gua..mari membaiki kereta..foreman-pomen tapi bukan peromen ok...mari mencari wang saku untuk diri sendiri...

terima kasih buat kawan2..afiq..a'ah...k.e.....pidot...tq :)


p/s: gua akan plan untuk ke tempat lain pulak...dah 4 kali gua ke pantai kerachut..hahah..nantikan percutian seterusnya..pics on the way...tunggu dslr canon kawan gua upload.hahah..thanks for reading...

gua sertakan pics yang gua net dari google untuk anda semua di bawah ni ok...
ciao~

 
map to the national park lah kawan..































jeti yang gua maksudkan
tanda arah lu orang ke dunia yang fana di alam yang nyata
jeti itu jugak
penat gua tunggu penyu naik..xde..anak2 penyu pon masih dalam telur lagi..ahah
"patrick...hari ni hari yang cerah..jom kita p tangkap obor2",..kata spongebob ke patrick .
titi tergantung untuk ke pantai
ninja turtles xde ok!
dah sampai!

Sunday, May 8, 2011

GADIS JAWA

Episod kali ni..episod cinta terlarang..sori..gua tulis pasal kisah ini.kalau lu orang sudi..baca lah..jadi kan iktibar..

Nuursyahada...gadis yang entah mcm mane gua buleh kenal..seminggu sebelum berkenan dekat awek jawe tuh....gua asyik sebut pasal awek jawe..gadis jawe,,dan terus terang...gua x pernah kenal sape gadis yang gua asyik sebut tuh...

Perkenalan di Autoshow kereta unikl gua..membuat gua yakin..dye lah gadis tersebut..gua pun masih x sure..kenapa gua yakin sgt dgn dye..sebelum tuh gua ade lag terserempak dye dkt cafe unikl..dan jugak kedai makan kat depan kampus ni..

Selepas jumpe dkt autoshow tuh.,,dan hari berikutnye.gua menggiat kan usaha untuk mencari gadis tersebut..dan..selepas hampir seminggu...hampa...dan....akhirnya..pada suatu petang...gua rase nak keluar mencari gadis jawe tersebut,,,gua p ampaian..nak ambil baju...tiba2..gua nampak yana...lu orang kalau ingat..dalam facebook gua yang lepas..sem lepas..gua ade cakap banyak hal pasal yana..menarik bukan..haha..yana ada disitu..ceh...fuck..sakit hati..nak je pukul itu awek..hahah...gua tengok jelah.tiba2...gadis jawe ni lalu belakang yana yang sedang mahu menaiki motosikal..ceh..ayat baku pulak dah...dah..gua terus cakap! cilake! mcm mane lah dye buleh ade sekali tempat dgn yana dalam masa yang sama untuk gua mencari gadis jawa tersebut..

Then..gua terus ambil baju..terus turun ke cafe..terus ejas no fon..yelah..gila sakit tunggu lame nak cari dye...sebelum ni gua x perasan pon pasal dye ni..jenis menyendiri dalam bilik je katenye...gua dapat no fon dye! yessssss! tahnniah gua ucapkan buat diri gua!

Selepas itu..gua terus mengorak langkah..."i dont believe in much..but in believe in you" gua xtaw...gua percaya sangat dekat itu gadis...entah lah...hukum karma..mungkin...dah takdir kan...dan...gua terus ingin berkenalan dgn dye..namun..gua cepat tersedar...gua bukan kaki senang jatuh cinta serius2 ni...main2 banyak lah..namun..gua cepat2 delete no fon..fb dye..."macam budak2 lah awak ni" dye ckp mcm tuh kat gua..namun..gua nak terang kan..gua x minat nak jatuh cinta..dan berkenalan demi sebuah percintaan...hmmmmmmmmmmm...seharian gua fikir...one step je..dah cukup untuk menghancur kan hidup gua...

Dan..gua terus kan niat suci gua tuh...gua betol2 iklas dan yakin kali ni...gua mula mengajak dye untuk study kt library bersama...tp..minah ni lembap...kuat tido..lambat bangun..ade 1 hari tuh..gua dah set nak study dgn dye pg tuh..gua bangun awal..yelah..pukul 7 dah terjaga..siap mandi..gua tgk hp..masuk 1mesej..dye mengantuk...baru dapat tido pg td...gua cakap xpe...tido lah....then gua terus lepak2...turun makan..dan terus ke library...1st orang datang library hari tuh..haha..awal kan..hadoi..gua terus stadi material science...stadi awal kan bagus..walau paper tuh khamis depan..haha...

Hari-hari yang mendatang.,,dye tetap datang lmbat...janji pagi..petang pukul 3 baru dye datang..gua x kesah..xpe...gua iklas datang belajar...dan 1 ptg..lepas belajar.,,gua ajak dye keluar minum kt kedai depan...then..kami jalan2 ke bank..ambil duit..dye nak makan..gua mane lah ade duit mase tuh...miskin..huhu..

Kat kedai makan..gua terus terang.,,gua cintakan dye..dan suka kat dye..pelik je kan..tp betol..iklas..gua dah betol2 cintakan dye...namun,,setelah lame bersembang...dye cakap..yang dye dah ade bf...fuhhh..lega.......gua lega..sgt2..sebab..gua dah nampak penamat cerita gua tuh...namun..gua still x dapat lupakan cinta gua kat dye....

Gua cuba hentikan...gua tukar name dye dalam hp ke "Stop Loving Her"..gua bukan kaki rampas awek org...gua x marah..langsung x marah sebab dye x cakap yang dye dah berpunya...gua x pernah marah dgn ini gadis...susah payah gua nak lupakan cinta gua terhadap dye...cukup susah,,namun,,gua xmau goodbye kan sape2 lagi dalam hidup gua ni..biar lah pahit..gua tetap nak bersama..biar lah sebagai kawan...

Petang tadi...time gua keluar makan..dye mesej..kawan dye ajak gua karoke..gua tanya membe gua..dye cakap on..pukul 2 janji..jmpe kat giant..gua sampai awal.yelah..gua suka sampai awal..dan jam gua laju dlam 20 minit kan..gua ikot cikgu bi sekolah rendah gua..hahah..

Kat giant..kami karoke..gua menyanyi kan lagu gadis ku buat dye..then gua ade sorok kasut dye...untuk pengetahuan anda semua,,gua suka sorok kasut budak popuan sejak sekolah rendah lagi..haha..no  komen...
then..gua tibai lagu potret monalisa...dan name monalisa tuh.gua ganti dengan nuursyahada...yelah..gua x pernah lagi menyanyi depan perempuan yang gua cinta dan suke..1st time lah td...agak gemuruh untuk lagu gadis ku...haha..then gua tetap rock star! haha...

Lepas karoke...dye ajak gua tgk wayang..gua xde duit...gua pau dulu duit kawan gua..then kami tgk fast five..padahal semalam petang gua dah tengok cite tuh..dekat wayang yang sama..dan room yang sama..xpe lah...x penah lagi tgk wayang dgn orang yang gua cinta...gua mengantuk..yelah...semalam tuh gua x tido seharian study chassis..gila ngantuk ptg td.,,then dye belanje gua n kawan gua air coke..gua bila mengantuk..dapat coke..gua akan sakit kepala gila babi.haha...carbon dioxide kan..tp xpe..ade sampai gua nak tertidur dah mase tuh..huhu..gua menyesal ckap gua nak keluar..sebab gua mengantuk...sebab  sakit kepala...air muke dye terus berubah..gua btol2 mintk maaf...gua diam je..biar dye tgk...then ade 1 part....awek o' connor tuh dah mengandung..gua tanye " awak nak mengandung x?" haha.bodoh kah..dye pon jawab.."ape masalah awak ni" hhaa..gua lagi lah takot..gua tgah pening..semua benda gila...thenn..gua mtk maaf..dye diam je..lame2..cte fast five tuh mula best..then..she started to laugh! yesss..suke gila gua bila tgk dye ketawa..heaven!!  tengah menaip ni..huhuh...rumet gua tibe2 pasang lagu semangat yang hilang by XPDC..huhu..


Ok...mase gua tengok wayang..gua dok tgk muke gadis jawe ni je...sebab..antara cerita dan gadis tuh..dye lebih menjadi perhatian gua...serius,,,kalau ade bende lain...gua tetap nak tgk dye je..haha..gila cintan kan gua...then.,habes tgk wayang..gua keluar,,,then cari kawan dye...
gua bagi hp gua kat kawan dye..suh dye bagi kt gadis jawa malam esok..gua nak balik perak pagi ni..nak hantar barang..dan gua akan balik untuk final exam material science...gua pun ade plan nak camping..so.duit dah xde..kena lah balik..setel barang dulu...gua akan cari dye lepas gua balik nti..demi hp gua..penting tuh...dan gua nak bersendirian seketika waktu...

Then td..gua online..gua post uit kt dye..dye x reply..dan terus offline...gua pon padam kan lah semua post2 gua kat wall dye,,saje...gua nak bersendirian...then..gua rase,,mesti kawan dye dah bg hp gua kt dye..cilake...xpon..dye pon dah faham..gua nak lupakan cinta gua kt dye..yelah..dye dah ade bf...gua selalu doakan dye n bf bahagia..amin..lu orang pon doakan lah jgk.,niat je ok..tq..then..gua on9 balik...tgk2..profile pic fb dye dah  tukar..gambar dye dn bf dye tepi pantai..dye suke pantai...comel..n hensem.,,secocok mereka berdua..bagai merpati 2 sejoli gitu..lepas tuh x lame..gua try bukak fb dye...gua  di block...gua xtaw,,mebi dye dah mula benci gua...gua dah berjaya buat dye benci kat gua..pergilah..kamu sudah ada yang punya..gua rela..dan gua xmau jadi perosak rumah tangga orang,,

Hello goodbye..gua xkan buat lagi...trust me,,gua akan cari dye..untuk ambil balik hp gua..dan gua still nak berkawan dgn dye..x kisah lah..yang gua taw..bila dye sedih ke down ke ape..i'll be there...sye sentiasa ada untuk kamu,,tapi bukan untuk bercinta...never..gua sayang kan dye..gua xtaw dye benci sgt kat gua ke skang..tp gua x pernah benci dye..x pernah..x pernah salahkan dye..cuma..gua salahkan diri sendiri..sebab bagi peluang untuk jatuh cinta lagi..dan selepas ni..gua akan lebih berjaga2 dalam hal2 cinta ini..yang penting..gua semakin matang dalam berhubungan..tahniah buat diri sendiri..

Buat gadis jawa..terima kasih..untuk karoke..tgk wayang bersama...its my 1st experience...dan semua benda dan perasaan yang sudah lame gua xdapat rase...thanks...aku harap kau bahagia bersama teman lelaki mu,,hingga ke alam perkahwinan...amin..dan aku nak menghilang sekejap...tunggu..aku akan datang mencari kau..janji..sori sebab semuanya..semua benda yang aku buat kau marah..aku mintak maaf.,,semua tuh ada sebab dan alasan yang kukuh...jumpa lagi minggu depan...

p/s:Jangan lah lu orang tergesa-gesa membuat keputusan..dan,,jangan pernah menyesal dgn ape lu orang dah buat..jadikan pengajaran.dari kisah gua ni..sebab tuh gua tulis..gua nak sentiasa ingat...dan ingat kan lu orang jugak...thanks for  reading.sori xde pics..

Touch me i'm sick,,The Mudhoney.

Saturday, May 7, 2011

ROZIE TIGER UTM

MAKAN PON NAK POSE KE MINAH! HAHA

Gila-gila gila girl gila gila gila,,,,ini perempuan ade tulis pasal gua dalam blog dye..sebagai membalas jasa baik  beliau..gua nak tulis lah pasal dye pulak,,blog dye...http://18tahunkeatas160cmkeatas.blogspot.com/

gila x minah nie? kan? haha


Nana munchet...tu lah gelaran di ym dye,,face book nye Rozie Tiger.
.http://www.facebook.com/profile.php?id=100000082597705..
gua pon baru nak add fb dye...maklum lah..fb baru..fb lame dah kene hacked...cilake haram btol lah! hahaha......lu orang tengok..x ke gila awek ni.. pengaruh maharaja lawak kuat sangat lu ni mat!!! jozan!!! hahah..mcm gua jgk..tp gua still undercontrol..hadoi..rilek nana..cool ok..gua tengok dye ni mcm orang gila pon ada..post yang bukan2..gua langsung x faham post2 dye..mebi diary dye kot agak nye..dye ni baru bercinta kot..no komen lah..wanita..bila bercinta..mudah hilang arah..kan ? semua orang setuju x? x setuju p kol wanita hari ini,,ok...

Ini perempuan bekas matrik gua dulu..kat kulim kedah..kawan gua budak kelas gua sendiri mase tuh jatuh hati sama ini perempuan..gua biasalah..awek2 kawan2..mesti mau kacau.haha..baru lu orang ade feel mau bercinta ke ape..tp gua bukan kaki sapu awek kawan ok...dan gua berkenal sama ini minah selepas matrik..kan..gila kan...x pernah lagi gua bercakap face-to-face sama ini minah...sekadar di fb dan call sahaja...tp cukup senang berkawan....ha..itu cerita lepas..skang ini awek blajar dkt UTM skudai..bersama ex-gf gua #2 dalam post Hello-Goodbye,,mcm mane lah depa ni buleh belajar sekali..hadoi..jammed crammp!

Gua pendek kan dan ringkas..ini awek gua rasa banyak bagus...agak gila-gila..tp dye ade style sendiri..tahnniah beb! Dan beb..lu akan survive..haha..popuan gila2 mcm lu...memang best..ade pendirian..keep it up! ok..hari2 gua usha post lu..walaupun pasal haram jadah gua x faham..gua buat2 faham..gelak sorg2..haha..dan gua rase beb..lu agak jiwang lah,kan kan kan..DAN UNTUK PENGETAHUAN..MINAH NI DAH ADE PAKWE..SAPE NAK MENGORAT...SILA LAH BATAL KAN NIAT ANDA..AMBIL NO..MACAM GUA,,OKAI..KAH KAH KAH..

kepada yang sudi membaca,,terima kasih...carilah kawan yang ada di waktu anda susah dan senang..bagi gua minah gila-gila ini patot dijadikan kawan..terima kasih sekali lagi...

NANA...teruskan mem-blog-kan blog lu itu....dan gua always support lu..and support our local blogger!

P/S;DENGAN AWEK LU ORANG BULEH di-HELLO-kan-di-GOODBYE-kAN,,,TAPI DENGAN KAWAN2...HELLO-FRIEND FOR-EVER-LAST.

Friday, May 6, 2011

NEVERMIND



"Tidak mengapa"...harga minyak naik lagi..pukul 12 malam tadi...ron-97 menjadi rm2.90..lantak lah..gua bukan ade keta ke moto dah..naek bus je sudah..nevermind...gua petik dari album Nirvana....berlabelkan..baby terjun ke dalam kolam@ air demi mendapat kan se-keping wang kertas,,yang telah di-cucuk dan buleh di-boneka-kan baby tersebut...



 Isu politik kotor air liur yang semakin mendapat tempat di dada dada akbar,,,maaf..bukan dada Rozita Cik Wan ok..itu janda..terbaek...ok...isu datuk t...anwar ibrahim sontot saiful bukhari...pegawai pencegah rasuah bunuh diri...x sengaja terjun banggunan yang macam kes beng hock...ini semua politik malaysia yang semakin tenat dan kotor...politik kotor demi wang..maruah,,,seks,,body-to-body..dan macam2 lagi lah nikmat berpengaruh ni..

Baby terjun kolam demi duit..memang baby tuh gila duit...politik tanah melayu kita pon dah makin tenat..yelah...hari2,,,kt paper..suma pihak mau menang...fuck lah...paper kat malaysia ni..semua dah x boleh pakai...tv,,,radio..dan semua lah..semua ade agenda sendiri..politik...pkr..umno...mane 1 yang betol..pon gua xtaw..bukan ape..gua umur dah meningkat..nak xnak..nti gua akan dewasa...kena lah ambil tahu kan kawan2...

Gua x side mane2 pon dalam hal politik lancau kat negara ni..bagi gua..semua orang berpolitik sakit...cukup lah,.,,negara laen hancur kena tsunami,gempa bumi..negara kita hancur sebab politik..melayu vs melayu..yang naek..sapa..botol kicap sama itu Benard Chan..kes2 politik kat malaysia ni makin meruncing..gua fuck semua yang dok poyo sokong pas ke umno ke pkr yang gila babi sokong...cukup lah pak cik mak cik...kawan kawan..politik yang macam mane patot ade kt negara ni pon gua xtaw lah kawan..fuck them all!!

Gua x pandai dan x minat amek taw hal politik secara gila anjing...duit...baby...ape sume..gua xtaw...tp yang gua taw,,politik negara ni..sedang slow2 hancur..trust me..nti lu orang taw,,,politik kotor air liur kuala lumpur..

nevermind atau never mind? haha..balik tgk kamus oxford..so...sebagai remaja yang muda dan sehat.bebas kan lah  diri anda dari pemikiran berpolitik kotor...ape jadah lagi...korupsi dan ape semua..bab mencarut gua fail...sori..x dapat dibendung lagi kemarahan gua terhadap sesiapa  yang gila politik dan berpolitik sakit! jangan lah mencuba untuk mengikuti kelab persatuan politik yang semakin hari semakin meracuni pemikiran anda semua...BEBAS!

p/s: Bangun..bangkit..cari lah kebenaran di sebalik paper utusan harian atau mane2 media massa..jangan biar anda di-kencing mereka..duit...politik...total sick!