Paradise

Paradise

Wednesday, April 25, 2012

Dari si gadis :)


Saya dah kenal dia dari dulu lagi. Cuma yela,dah lama tak bertegur sapa kat ym tu. Masa tu,saya rajin bukak ym. Walaupun ym tu sebenarnya membosankan. Sampailah satu masa tu,ada sorang kenalan kat ym tegur saya. Disebabkan saya pernah mengenalinya time matriks dulu,maka saya pun membalas mesejnya tu. Saya masih ingat,bahawa dia adalah classmate Mas. Satu matriks dgn Mas, Kolej MARA Kulim. Masa tu dia cuti sem. Dia sedang menyambung pengajian di UNIKL MSI (Malaysian Spanish Institute). Secara kebetulan, time tu pn saya sedang bercuti. Baru je selesai menghabiskan elektif. Time tu saya di rumah. Selalu jugakla kitorang chat kat ym tu,maklumla,cuti kan,takde kerja nak buat. Fb,ym,fb,ym. Sampaila satu masa tu,dia mintak no fon saya. Selepas beberapa hari chat,saya percaya kan dia. Jadi saya pn bagi. Kebetulan time tu birthday dia, jadi dia call no celcom saya(yg skrg hilang entah ke mana). Pertama kali dengar suara dia, saya sudah jatuh hati,hanya pada suara. Macam2 yg kami ceritakan. Ada sekali tu,dia cakap “saya suka awak” pada saya. Tapi time tu saya ingat dia bergurau. Kemudian dia ada jugak Tanya, “kalau saya suka awk mcm mane?” saya cakap kalau hati dah suka,tak boleh nak dinafikan lagi. Kami berhubung sampai lah kami menyambung semula pengajian kami. Masuk sem baru. Hampir tiap malam dia call saya. 


Dia sangat mengambil berat tentang diri saya,walaupun hanya sebagai kawan ketika itu. Tak dinafikan, sejak daripada ucapan “saya suka awak” tu,saya tak boleh teruskan malam saya tanpa dia. Pasti saya akan tercari2 dia. Hinggalah pada suatu hari tu, dia meluahkan niat dia untuk menjadi seorang yg istimewa bg saya. Saya memang menyayanginya. Saya tahu dia jujur dan ikhlas. Setelah 2 tahun bersendiri,tanpa seorang teman istimewa ,sering menjauhkan diri dari lelaki,memberikan pelbagai alasan,akhirnya dia yang Berjaya membuka hati saya. Sifatnya yang penyayang,mengambil berat,bertanggungjawab terhadap keluarga. Semuanya. Dan semakin hari,saya semakin jatuh cinta kepadanya. Sayang sudah semestinya. There is no day that I can live without you,sayang. Ada sekali tu, dia pergi mendaki, jungle trekking, selama 3 hari. Kami terputus contact sbb takde line fon dalam hutan. Hanya Allah saja yg tahu betapa rindunya,risaunya saya akan keselamatan dia. Time tu patutnya dia sampai unikl petang ahad,tapi dia sampai malam,saya pn mula pikir bukan2. Alhamdulillah,semuanya selamat. J dia selalu bagi kata semangat pada saya. Dia sendiri merupakan “semangat perjuangan” saya. Melihat dirinya yang sentiasa bersabar,menyelesaikan masalah dgn bijak,membuatkan saya lebih yakin,bahawa dialah lelaki yang boleh menjaga saya suatu hari nanti. Jodoh itu di tangan Allah,sebagai hamba-Nya,saya hanya mampu berusaha,dan selebihnya,saya bertawakkal kepada-Nya.  Bukan itu sahaja,dial ah lelaki pertama yang Berjaya membuat saya terharu. Masa birthday saya, dia bagi saya kad hari jadi. Inilah kali pertama saya terima kad hari jadi dari seorang teman istimewa. Saya rasa happy sangat. Menerima kad hari jadi dari dia. Saya tunjuk kat ibu,kawan2. Sebab sy bangga sgt dgn kad hari jadi tu. So sweet. Walaupun time bday saya tu dia exam,tp dia tak penah lupa,nak gembirakan saya. Alhamdulillah. Dan yang paling saya hargai,dia nak hadiahkan saya telekung. Gembiranya hati saya,hanya Allah yang tahu! 


Walaupun kadang2 ada masa nya kami bergaduh,tapi tak lama,sekejap lepas tu dah baik semula. Saya pun tak sanggup nak gaduh lama2 dgn dia. Kini,hati semakin cinta dan sayang. Tapi kami jugak sedar bahawa kami ada perjuangan besar dalam menghabiskan pengajian kami yang berbaki beberapa tahun lagi. Saya yakin dia mampu lakukannya. Tanggungjawab terhadap keluarga juga tak diabaikan. Dia seorang anak yang bertanggungjawab. Terhadap mak,ayah,adik2-hidayah dan adibah,2 org adik perempuan yg sangat  dia sayangi. Dengan mereka,dapatlah saya kasih sayang 2 orang adik perempuan,sebab saya tak ada adik.  Bila dia gembira, saya pun gembira,untuk dia. Bila dia sedih,saya akan lebih sedih,untuk dia. Saya selalu terharu bila dia tulis “selamat malam si gadis, manalah si gadis pergi,saya tetap sokong gadisku yang meminati faizal tahir,dan aminah asykin abd hamid,tea mo di fb”.Kepada dia… Mohd Adib Razali, saya sangat sayang pada awak. J saya selalu berdoa agar kita akan disatukan pada suatu hari yang indah,insha Allah. Awaklah yang paling memahami diri saya yang : selalu tertido malam2 bila msj awk, selalu lupa, selalu kurang pendengaran bila awak ckp sesuatu dalam fon, selalu banyak cakap =P, yang minat faizal tahir,yang tak pandai masak sgt,dan yang hanya pakar dalam membuat kuih raya ini =PP. Dan yang selalu buat awk jadi angry bird.hehehe.  you are the portion of my heart,dear. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya.. menggembirakan saya..menemani saya dalam sepi,suka dan duka. Saya berjanji akan setia di sisi awak,sehingga akhir nafas saya,insha Allah..tiada yang lain,hanya.. Mohd Adib Razali. I love you sayang.. J



terima kasih sayang :) te amo' too Aminah Asykin Abd hamid~