Assalammualaikum, Alhamdulillah, puji-pujian buat Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat buat junjungan besar Rasulullah SAW,yang sentiasa mengutamakan umatnya dalam segala hal. Alhamdulillah,hari ni, masih diberikan nikmat yang banyak tidak terhingga. Dari pagi, sehingga lah ke petang, banyak yang dapat dilihat,dipelajari daripada pengalaman kehidupan seharian kita. Di kelas, sy dpt sesuatu pengajaran yang sangat berguna. Doktor saya cakap (she is superbbb nice!!!), "no matter what you do, you must have sincere heart. It doesn't matter whether what you do is correct or not, as long as you are sincere, then God will bless you and make you a good doctor. Sincere doesn't need intelligence. It comes from your heart. " Dia adalah doktor pakar Obs dan gynae, dan berasal dari Myanmar. Sy percaya, sesiapa saja yg jumpa dia, pasti rasa senang hati dan rasa macam dah sihat. Kemudian di sebelah petang saya melawat kembali pesakit yang saya pernah clerk(interview) semalam. Patient ni ada ovarian cancer, tapi dah remove. Dan sekarang, ada cervical cancer. Stage 3B. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati. Saya melihat sebentar kepada chest x-ray beliau. Dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat ada beberapa 'canon ball lesions' di x-ray beliau. Canon ball lesions adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa kemungkinan sel cancer tersebut sudah merebak ke bahagian paru-paru. Beliau berkata kepada saya :
Makcik : x-ray saya tak cantiklah nak...
Saya : *senyum* aik,kenapa makcik cakap tak cantik?
Makcik : Yela,tengok orang lain punya x-ray, clear je, nampak semua..
Saya : Makcik punya x-ray pn ada jugak rangka, tissue,jantung semua nampak jelas ni..
Makcik : tapi tu haa,kenapa ada tompok2 putih??? (referring to canon ball lesions)
Saya : *tak taw nak ckp apa* ouh, tula makcik,saya ni pun baru belajar,taktaw sangat,takut tersalah pulak..insha Allah takde pape,kita berserah pada Allah... :) **saya menipu diri sendiri,dan makcik tu,tak cakap kemungkinan dah merebak,sbb tak sampai hati nak bgtaw**
Makcik : ha yela,takpe nanti lama2 anak ni pandai la,mcm doktor2 lain jugak..
Jadi, perlu ke ada sebab, mengapa kita degil dan tak nak bersyukur?? renung2kan dan ingatlah... kita masih diberikan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah..Dan bila2 saja Allah boleh tarik nikmat kesihatan kita tu.. Allah juz have to say "kun fayakun".. Saya tak bagitaw makcik tu ada sebab tersendiri.. biarlah pakar yang terangkan pada makcik.. insha Allah,makcik ceria,mesti boleh sembuh! =)
Buat Mohd Adib, cepat2 sembuh oke..makan ubat..batuk,selsema,sakit tekak,pening kepala..saya memang risau..semoga Allah sembuhkan awak supaya awak dapat study macam biasa.. insha Allah,aminnn.. =)
study elok2 oke,berapa hari je lagi!! chaiyok2 mohd adib!!! jangan degil2 makan ubat!! nanti bagitaw mak saya!! haha,ooppss. =P
Pandai je saya ni,saya pun exam 2 bulan je lagi.. kadang2 tension jugak fikir exam, tapi Allah adalah menurut sangkaan hamba2 Nya.. insha Allah, you will be motivated by giving motivation to others. But somehow, motivators need motivation too. =') insha Allah, Allah itu dekat, penuh kasih sayang.
Last but not least, no matter what happens, be IKHLAS freund!!! dan jangan lupa, selawat pada Nabi Muhammad SAW sebelum tidur... Dan jugak, surah Al-Mulk. Surah Al-Mulk ni la peneman kita nanti dalam kubur,mengelakkan kita dari seksa kubur.. " Iya, orang ini lah yang selalu membaca aku ketika dia hidup dulu".. maka, terlepas lah kita dari seksa kubur...insha Allah...
Selamat menjalankan ibadah kerja esok!!! Man jadda wajada! =)))
No comments:
Post a Comment