ASMA
UL-HUSNA , MAKNA DAN KEGUNAANNYA
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razz aq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat
Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina,
keluaran Pustaka Ilmi).
1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan
500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2
rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan
sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang
& sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang
besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap
kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan
sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan
yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan
terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan
sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala
penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan
sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang
dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang
merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila
dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan
sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang
mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan
sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh
dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila
dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat
menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut
kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima
sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat
tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya kita
berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari
berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari
penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang
isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan
berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka
puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x,
kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah
berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian
pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan
dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf
(diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil
menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa
kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut
kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan &
kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan
sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak
100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya
Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razz aq!"
dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya
Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan
datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak
71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga
mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak
100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat
kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x
setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari
segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg
berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan
memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi
murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan
sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk,
InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh,
musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap
hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda
di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari
kecurian.
25. "Ya Mu'izz !"
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah
zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar
untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya
kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan
doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini
setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah
doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan
sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang
hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak
68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati
seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak
104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu
dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan
memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga,
ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini
antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan
sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di
dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya
tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan
sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit,
InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan
lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari
gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang
bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa &
beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh
Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan
sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada
Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap
kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan
otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam
bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!)
lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak
dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang
yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka
bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan
suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud
atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak
99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas
terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita
berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana
sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan
zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar
akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777
x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan
zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati
perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang
pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya
dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai
darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan
zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta
pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka
zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari
sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada
Allah. InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah
adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu
diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat
subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam
kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang,
InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini
sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama
makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau
sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya
akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini
sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang
sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada
didalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman
keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati
& khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99
x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.
InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita
sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak
100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi
kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di
kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka
zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang
akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir
ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat
di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi
hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu
perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda &
kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini
sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang
keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali,
antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk
mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang
menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan
zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh
& terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir
ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima
segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita
inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan
Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5
waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang
kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari.
InsyaAllah....
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota
keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124
x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini
sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat
dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan,
berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai
kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir
ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata
Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi
berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh
& ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu
Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah
melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan
keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka
perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan
otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah
pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang
belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah
zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama
satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis,
Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan
akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini
sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita
berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak
305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai
tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil
kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam
Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan
zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan
berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan
lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang
mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang
dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir
sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan
membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik &
sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75
jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan
zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi
orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali
Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita
akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar
untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.
InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting
akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini
sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan
terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang
selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir
ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita
berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya
terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa
memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang
inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya,
amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang
pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu
gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat
fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah
segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah
dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan
sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada
dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir
ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan
cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan
yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap
hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka
membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat
berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana
sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan
ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam
Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang
yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad
bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung &
memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat
kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi &
petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang
dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia
memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan
diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita
mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita
itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak
500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga
rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini
semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita
berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala
urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita
tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak
mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi
kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut
kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala
usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh
kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan
sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik &
menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan
dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA
dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul
Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas
Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih
dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak
akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak
akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak
akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan
tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan
tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan
qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak
akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada
manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
Wassalam..
P/S : gua share kan.. :) copy dari emel org..in shaa Allah..untuk kebaikan bersama..rock rock jugak.. :)
No comments:
Post a Comment